Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pelakon Risteena Munim Akui Tak Pernah Bercinta
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Kemunculan Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 25, menerusi drama Playboy Itu Suami Aku bersama pasangannya Fattah Mohd Amin mendapat reaksi negatif daripada peminat. Pelbagai komen nakal dilemparkan antaranya lakonan mereka kayu dan tidak layak bergelar pelakon. Mengakui sedih dengan situasi itu, pelakon berasal dari Kepala Batas ini memotivasikan diri dengan menganggapnya sebagai satu dugaan untuk mencipta nama. Dia bekerja keras memperbaiki lakonannya dan akhirnya mampu tersenyum apabila siri ini berjaya mencatat rating yang membanggakan.

“Saya diberi peluang oleh TV3 untuk membawakan watak Afina Alia. Saya tahu siri ini diangkat daripada novel popular dan cuba buat yang terbaik. Namun, awalnya memang susah untuk saya cipta keserasian dengan Fattah dan kekok kerana watak ini sangat besar.

“Sebaik drama ini menemui penonton, apalagi teruk saya terima kritikan daripada penonton. Mula-mula memanglah saya rasa sedih dengan apa yang berlaku. Tapi saya fikir semula kalau tak terima kritikan, lakonan saya tak ke mana.

Untungnya ketika drama ini ditayang­kan, kami masih terbabit dengan penggambaran.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments