Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Fizo Omar Dan Mawar Tak Rancang Zuriat
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SUDAH menjadi lumrah bagi pasangan artis yang baru berkahwin untuk diajukan soalan berkenaan cahaya mata oleh para peminat dan pihak media.
Bagi pasangan Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim yang baru tiga bulan mendirikan rumahtangga, mereka tidak pernah merancang mengenai zuriat.
“Saya dan Mawar, kami sentiasa bersedia dan menerima dengan hati terbuka. Namun, buat masa ini nampaknya kami belum ada rezeki untuk dikurniakan cahaya mata. Jadi, bersabar sajalah.
“Bahkan, Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kami. Bagaimanapun, buat masa sekarang kami akan memberi tumpuan pada karier dan mengembangkan perniagaan masing-masing,” ujarnya menerusi Harian Metro.
Iyalah, ada betulnya apa yang dikatakan oleh Fizo itu. Bab anak, itu semua atas ketentuan-Nya dan manusia hanya mampu berusaha sahaja.
Kalau ada rezeki, adalah. Diharap peminat pun tak bertanya soalan yang sama berkali-kali sampai yang empunya diri berkecil hati.
Artis pun manusia juga yang perlu dijaga hatinya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments