PASTI ramai yang masih ingat dengan kisah cinta tak kesampaian penyanyi Aliff Aziz dengan pelakon Anne Ngasri suatu ketika dahulu.
Tapi, itu cerita lama kerana Anne kini sudah berbahagia bersama suami yang tercinta.
Berbeza dengan Aliff, dia sekali lagi dilanda gosip apabila rancangannya untuk berkolaborasi dengan penyanyi Siti Nordiana atau Nana melalui projek khas oleh syarikat rakaman masing-masing dipandang negatif.
Ia berlaku gara-gara Nana memegang status sebagai ibu tunggal, sama seperti bekas kekasihnya sebelum ini.
“Ada pihak mengungkit kisah lampau saya menjalin hubungan dengan seorang pelakon bergelar ibu tunggal dan kebetulan Nana juga memegang status sama.
“Saya tak boleh menutup mulut orang dari bercakap macam-macam sebaliknya memandang positif terhadap setiap perkara,” katanya menerusi Harian Metro.
Pendek kata, mungkin ada yang beranggapan Aliff memang gemar memilih kekasih yang lebih matang dan berusia daripada dirinya.
Hmm, tak mengapalah Aliff. Mulut orang memang susah hendak ditutup.
Tapi, kalau suatu hari nanti jodoh penyanyi ini dengan ibu tunggal, tak perlulah dipersoalkan kerana itu semua telah ditentukan oleh-Nya.
No comments
Post a Comment