DEK kerana kenakalan anak lelakinya, penyanyi Madonna mengambil keputusan untuk menghantar Rocco Ritchie ke sebuah sekolah ketenteraan.
Anak hasil perkongsiannya hidup bersama bekas suaminya, Guy Ritchie itu sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik gambar memegang botol minuman keras di akaun Instagramnya.
Madonna berharap, tindakannya menghantar Rocco ke sekolah tersebut
dapat membantu dalam membentuk disiplin yang tinggi dalam diri anaknya
itu, memetik Daily News.
Penyanyi itu juga dikatakan telah dinasihati oleh rakannya, Rossie
O’Donnell yang pernah menghantar anaknya ke sekolah yang sama.
Jika difikirkan, usia Rocco baru sahaja mencecah 13 tahun dan mungkin masih berupaya untuk dibentuk.
No comments
Post a Comment