Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Berjudi Sambil Ditemani Wanita Seksi
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Kuala Lumpur: Berhibur sambil berjudi. Itu adalah pakej menarik yang ditawarkan di sebuah kelab malam di Sunway Mentari yang turut menyajikan pelanggan wanita yang seksi untuk pelanggannya.
 
Bagaimanapun, premis hiburan yang beroperasi tanpa lesen itu diserbu Bahagian Operasi Maksiat, Judi dan Pelacuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dengan bantuan Pasukan Cantas Wanita IPK Selangor kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, ketika serbuan 13 wanita warga asing iaitu lapan dari Vietnam, dua Thailand, masing-masing seorang dari Indonesia, Kemboja dan China yang leka melayan pelanggan berjaya dicekup.

“Selepas menjalankan pemeriksaan ke atas semua wanita berusia 19 hingga 44 tahun itu, dua daripada mereka didapati tidak memiliki pasport dan semua wanita itu bersama pengurus premis seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kelana Jaya.

“Turut dirampas wang tunai RM702.70 dan sistem audio serta karaoke. Kami turut mengesan sebuah mesin judi berkomputer yang disediakan untuk pelanggan yang ingin berjudi,” katanya.

Beliau berkata, polis turut memeriksa 30 pelanggan lelaki dan seorang pelanggan wanita yang semuanya dibebaskan selepas memeriksa rekod peribadi.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d), Seksyen 6(1)(c), Seksyen 2, Seksyen 55B dan Seksyen 39(b) Akta Imigresen.

“Disebabkan penemuan mesin judi berkomputer, kami turut menyiasat kes mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments