NEW YORK - Seorang selebriti televisyen terkenal, Paris Hilton, 33,
dan pelakon, Lindsay Lohan, 27, masih enggan untuk saling bertemu
walaupun mereka berada dalam majlis yang sama, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam parti Liquid Cellar di Cîroc Presents Bootsy Bellows di sini pada Khamis lalu.
Menurut satu sumber, Hilton pulang awal daripada menghadiri parti tersebut ekoran kehadiran Lohan.
Kedua-dua selebriti itu bermasam muka apabila Lohan dituduh menjadi
dalang dalam satu serangan ganas terhadap adik Hilton, Barron pada
Disember tahun lalu.
Barron diserang atas arahan Lohan.
Lohan menuduh Barron bercakap tentang perkara yang buruk tentang
dirinya di hadapan kekasihnya Christian Arno Williams dalam satu majlis
di Miami.
Barron kemudian dipukul sehingga kepalanya berdarah.
Dia turut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. - Agensi
No comments
Post a Comment