KEMATIAN salah seorang anggota keluarga sememangnya menyedihkan dan pastinya diratapi oleh sanak-saudara.
Namun, kami yakin suasana akan bertambah sedih jika jenazah yang sepatutnya tiba itu bukan miliknya, tetapi orang lain.
Itulah yang terjadi dalam sebuah majlis pengebumian di Southampton apabila berlaku kesilapan dalam menghantar mayat seorang warga emas berusia 77 tahun.
Kesilapan itu pada mulanya tidak disedari oleh ahli keluarganya yang sedang bersedih atas kematian ahli keluarga mereka itu.
Bagaimanapun, mujurlah salah seorang kakitangan pusat pengurusan mayat memeriksa plat nama yang terdapat pada keranda itu dan mendapati ia bukanlah mayat warga emas itu.
Akibatnya, keluarga si mati tersebut terpaksa menanti pihak pengurusan untuk mendapatkan semula keranda yang sebenar sambil menangis kerana terlalu sedih dengan kejadian itu.
“Ini sesuatu yang sangat jarang berlaku, namun mujurlah ia dikesan dengan cepat dan pihak pengurusan mengambil tindakan pantas untuk memperbetulkan keadaan,” ujar jurucakap Majlis Bandar Southampton.
No comments
Post a Comment