Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lagu 'Botingkek' vs 'Racks' - Bukan ciplak, tapi olahan semula
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kuala Lumpur: Penulis dan penerbit lagu hip hop, DJ Fuzz menyangkal dakwaan lagu Botingkek yang dipopularkan Waris meniru lagu Racks nyanyian asal penyanyi rap Amerika Syarikat, YC.

Sebaliknya, Fuzz atau nama sebenarnya Farzwa De Attaher Emir, 35, berkata, Botingkek yang dihasilkan bersama Waris adalah olahan lagu Racks sebagai penghormatan kepada pemilik karya asalnya.

“Lagu Botingkek bukan meniru atau menciplak Racks. Botingkek dihasilkan dengan mengambil inspirasi daripada lagu itu saja dengan olahan baru.

“Sebenarnya olahan adalah perkara biasa dan menjadi budaya dalam genre rap dan hip hop di mana-mana pun,” katanya, semalam.

Fuzz berkata, sejak lagu itu dikeluarkan pertengahan tahun ini pihaknya tidak pernah mengumumkan kepada khalayak lagu Botingkek karya ciptaannya.

“Masyarakat perlu faham kebanyakan karya hip hop hari ini banyak mengolah lagu sedia ada. Hanya kerana kami ambil contoh muzik asal tak bermakna kami tiru atau curi lagu.

“Saya hasilkan pelbagai lagu dan tak dinafikan banyak, di antaranya mengambil inspirasi daripada muzik asal pengkarya lain,” katanya.

Fuzz berkata, dia berasa kecewa dengan tuduhan melulu ke atas pihaknya tanpa usul periksa hanya kerana segelintir pihak mengesan persamaan antara dua lagu itu.

“Segelintir pihak memang suka menggembar-gemburkan sesuatu perkara hanya mereka nampak persamaan.

“Pada saya perkara begini adalah bergantung kepada penilaian individu itu sendiri. Bagi saya, ini (olahan lagu) benda biasa dan tak patut jadi isu atau masalah pun,” katanya.

Racks adalah lagu nyanyian YC atau nama sebenarnya Christopher Daniels Miller, 28, hasil ciptaan bersama komposer Nayvadius Wilburn dan Sonny Uwaezuoke. Ia dipetik daripada album YC berjudul Got Racks yang dikeluarkan pada April 2011.




About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments