SETIAP musim, drama muzikal Glee pastinya tidak ketinggalan menjemput
selebriti terkenal menjadi pelakon undangan dalam produksi tersebut.
Kali ini tiba giliran penyanyi Demi Lovato tampil menerusi drama
muzikal arahan Ryan Murphy itu dengan memegang watak sebagai gadis
lesbian berpasangan dengan watak Santana lakonan Naya Rivera.
“Saya gembira memegang watak sebagai lesbian kerana ianya
mengambarkan situasi sekarang di mana normal bercinta dengan pasangan
sejenis.
“Jika 15 tahun dahulu, watak sebegini pastinya diharamkan untuk
ditayang, namun kini masyarakat sudah semakin terbuka dan saya bangga
dapat memegang watak sebegini sebagai mewakili mereka di luar sana,”
katanya.
Episod pengenalan bagi musim kelima Glee telah pun bersiaran di saluran Fox bermula 26 September lalu.
No comments
Post a Comment