KOTA KINABALU – Sebuah pesawat komersial terhempas di sebuah kampung di Kudat hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy Ramin berkata pesawat yang dinaiki 16 orang itu terhempas di Kampung Sinsan dan menyebabkan dua mangsa cedera parah.
“Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.54 petang dan jentera bomba bersama 11 anggota tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian.
“Kesemua 16 mangsa dalam pesawat tersebut berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi di sini.
Punca kejadian sedang dalam siasatan.
Sementara itu, syarikat penerbangan terbabit belum memberi sebarang komen mengenai insiden itu.
No comments
Post a Comment