Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pelakon Veteran Harrison Ford Ganti Willis Dalam Expendables 3~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


LOS ANGELES - Aktor dan pengarah terkenal, Sylvester Stallone kelmarin mengumumkan bahawa aktor veteran Hollywood, Harrison Ford akan membintangi filem The Expendables 3, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.
Ford, 71, dilapor bakal menggantikan tempat aktor Bruce Willis yang membintangi dua siri filem itu sebelum ini.
"Willis keluar. Harrison Ford masuk. Berita hebat. Telah menanti sejak beberapa tahun untuk ini," kata Stallone di laman Twitternya.
Stallone, 67, dalam satu mesej susulan di Twitternya turut menyelar Willis yang juga bintang filem Die Hard.
"Tamak dan malas. Satu formula untuk memastikan kegagalan kerjaya," tulis Stallone.
Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara berkenaan.
Siri terbaharu filem arahan Stallone itu dijangka dibarisi beberapa aktor yang pernah mencipta kegemilangan pada tahun 1980-an seperti Nicolas Cage, Wesley Snipes, Jackie Chan dan Mel Gibson.
Pengambaran The Expendables 3 akan bermula pada Ogos ini.
Ford sebelum ini terkenal menerusi watak Han Solo dalam filem Star Wars: Episode VII. - Agensi


Kosmo

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments