LOS ANGELES - Penyanyi dan aktres terkenal, Jennifer Lopez ditawarkan bayaran sebanyak AS$15 juta (RM48.8 juta) selepas dia bersetuju kembali menjadi juri rancangan realiti nyanyian popular American Idol, lapor portal hiburan Radar Online kelmarin
Berita itu didedahkan oleh beberapa sumber yang mempunyai kaitan dengan rancangan tersebut.
Namun, bayaran yang ditawarkan kepadanya kurang berbanding jumlah diterima penyanyi terkenal, Mariah Carey pada awal tahun lalu.
Walaupun jumlah tersebut kurang daripada AS$20 juta (RM65 juta), kontrak baharu itu mengatasi angka yang diterima Lopez, 44, semasa dia menyertai American Idol musim ke-10.
Kepulangan bintang Latin tersebut dijangka diumumkan dalam tempoh satu atau dua minggu lagi dan turut disertai juri sebelum ini, penyanyi Country, Keith Urban.
Lopez dan Urban dilapor akan disertai bintang pop, will.i.am sebagai juri ketiga. - Agensi
Kosmo
No comments
Post a Comment