Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Halim Othman Diberi Tugas Menjadi 'Badut'
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Halim Othman
PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Halim Othman memberitahu anak-anak buahnya antara individu yang paling gembira setiap kali dia pulang ke kampung halamannya di Kuala Terengganu untuk beraya kerana mereka ingin bermain bunga api bersama-sama.
Halim berkata, menjadi perkara wajib untuk dia membeli pelbagai jenis bunga api untuk dibawa ke kampung selain akan memikul tugas sebagai 'badut' untuk menunjuk skil bermain bunga api.
"Macam biasa, setiap kali pulang ke kampung, saya akan bawa balik pelbagai jenis bunga api dan akan menjadi badut, bermain bunga api untuk tontonan anak-anak buah saya. Tetapi bagi yang dah besar sedikit, mereka akan bermain bersama saya.
"Dan seronok sebenarnya apabila bermain dengan kanak-kanak ini, semua rasa penat lelah dan masalah dapat dilupakan seketika," katanya.
Tambah Halim, dia juga menyediakan sejumlah wang untuk diagih-agihkan kepada anak-anak buahnya seramai kira-kira 35 orang itu.
Dalam pada itu, menjadi kebiasaan buatnya juga apabila dia diberi tugas untuk menghias rumah setiap kali sambutan Syawal.
Bagaimanapun apabila berpeluang beraya di kampung halaman, dia akan mengenang semula pengalaman lalu apabila terpaksa berbaju Melayu ketika datang ke pejabat untuk melayan pendengar.
“Sebenarnya berhari raya di bandar pun seronok juga kerana kita dapat menyambut Aidilfitri dengan rakan-rakan daripada bangsa lain. mStar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments