Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Ahli Kumpulan One Direction, Louis Tomlinson Jadi Pemain Bola Sepak!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Louis Tomlinson jadi bintang bola sepak
Kelab bola sepak Doncaster Rovers mengesahkan bahawa mereka telah pun menandatangani perjanjian dengan ahli kumpulan One Direction, Louis Tomlinson sebagai pemain bukan kontrak.
Kelab tersebut telah menandatangani perjanjian dengan penyanyi berusia 21 tahun itu untuk musim 2013-2014 serta menyerahkan jersi bernombor 28.
Doncaster berharap agar Tomlinson memberikan persembahan terbaik untuk musim ini dengan tujuan mengumpul dana untuk badan amal, Bluebell Wood Children's Hospice.
Tomlinson yang merupakan peminat kelab tersebut teruja apabila berpeluang menyertai kejohanan ini dan memberitahu inilah impiannya semenjak zaman kanak-kanak lagi.
"Saya amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada Rovers untuk membantu kelab dan badan amal, Bluebell Wood," ujarnya seperti dipetik daripada laman sesawang rasmi kelab tersebut.
Sementara itu, pengerusi kelab tersebut, John Ryan telah menjelaskan sebab Tomlinson dibenarkan menyarung jersi nombor 28.
"Saya berbesar hati membenarkan Louis menggunakan nombor itu bagi membantu mengumpul dana untuk kebajikan. Saya telah menyarung jersi tersebut pada 2003 untuk rekod penampilan di Hereford dan inilah kali pertama saya membenarkan ia diguna lagi untuk tujuan baik," jelas Ryan.
Keputusan ini diambil berikutan kemunculan Tomlinson pada perlawanan amal di Stadium Keepmoat Doncaster musim lalu dan mereka berasa tidak sabar untuk meneruskan lagi usaha mengumpul dana tersebut.
"Louis dan saya menganjurkan permainan amal musim lalu. Ia merupakan satu kejayaan besar dengan kehadiran 9,000 penonton dengan bantuan badan amal kanak-kanak Bluebell Wood," kata pengurus media, Steve Uttley.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments