Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Michael Douglas Salahkan ‘Seks Oral’!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Michael Douglas
London – Pelakon veteran Hollywood, Michael Douglas, mempersalah gaya hidup seksnya sebagai punca mendapat tumor barah di tekaknya tiga tahun lalu.

Pelakon berusia 68 tahun itu juga menegaskan, ia bukan disebabkan minum arak atau merokok.
Akhbar Britain, The Guardian, semalam, mendedahkan pandangan aktor itu yang memegang watak Liberace dalam filem terbarunya Behind The Candelabra.
Tanpa perlu memberi penjelasan jelas, barah itu berpunca daripada HPV (human papillomavirus) disebabkan oleh seks oral.
“Saya khuatir juga ia mungkin disebabkan tekanan selepas anak lelaki saya dipenjara tetapi memang benar barah itu disebabkan jangkitan kuman menerusi seks.
“Atas sebab itu juga, saya menganggapnya sebagai ubat terbaik (supaya mengelakkan perbuatan itu),” kata Douglas.
Anak lelakinya, Cameron dihukum penjara 10 tahun kerana memiliki dan mengedar dadah.
Pemenang Oscar dua kali itu mendedahkan pada 2010 beliau menghidapi barah tahap empat tetapi berjaya mengatasinya menerusi program kemoterapi dan radioterapi.
Saya perlu sentiasa jalani pemeriksaan, sekali setiap enam bulan tetapi sekarang sudah dua tahun sihat. Barah seperti ini biasanya 95 peratus tidak akan berulang, katanya.
Kaji selidik Fakulti Odontologi Universiti Malmo, Sweden, dan laporan Jurnal Perubatan New England membayangkan kaitan antara seks oral dan barah tekak.
Jangkitan HPV juga punca 99 peratus kanser rahim, lapor kajian Perkhidmatan Kesihatan Britain.
Douglas berkahwin dengan aktres Wales, Catherine Zeta-Jone yang memenangi Oscar bagi filem Chicago. – AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments