Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] MAKAN MALAM SAMBIL TERGANTUNG DI UDARA?! KOOOOLLLLL!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Di Venice, Itali anda boleh merasakan sensasi menjamu sambil menikmati makan malam setinggi 50 meter!
Pada bulan Jun pengunjung boleh merasakan makan malam di udara di Hotel Cipriani, Venice, Itali. Event ini bernama Dinner in the Sky. Tetamu beserta meja makan dan hidangannya akan diangkat dengan kren hingga ketinggian 50 meter.

Sebanyak 22 tetamu dapat duduk melingkar di meja makan ini. Mereka akan duduk tergantung di atas kolam renang Hotel Cipriani yang berada di Pulau Giudecca. Sambil berada di angkasa, anda boleh merasai masakan ala Orient-Express atau hanya sekadar menikmati minuman sambil melihat pemandangan Venice.

Tetamu mempunyai pilihan untuk berada di udara selama 1 jam sambil menikmati 3 hidangan makanan yang disediakan oleh chef hotel atau 30 minit di udarasambil menikmati minuman beralkohol. Hidangan ini boleh mereka nikmati sambil memandang ke Dataran St Mark .

Kren memerlukan masa 3 minit untuk mengangkat meja makan mencapai ketinggian maksimum. Satu set meja makan ini juga boleh berputar 180 darjah dan menawarkan tetamu pemandangan yang berbeza-beza dari bandar.

"Para tetamu akan duduk aman di kerusi yang direka khas dan makanan akan diawasi oleh ahli khusus terlatih , untuk membuat hidangan paling eksentrik di dunia," ujar pihak hotel dalam satu kenyataan.
Makan malam di udara ini bernula dari tarikh 19 Jun hingga 23 Jun 2013. Harga yang dikenakan kepada para tetamu mulai dari 50 Euro per orang untuk minuman dan makanan ringan atau 250 euro untuk makan malam, termasuk wine.

Untuk event Dinner in the Sky, pihak hotel mengesyorkan para tetamu untuk tempahan terlebih dahulu

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments