Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [WOw] RUMAH MEWAH MARK ZUCKERBERG 'PENGASAS FACEBOOK'!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg .Beberapa bulan yang lalu sempena ulang tahunnya yang ke-27, dia membeli rumah di Palo Alto, California berharga US $ 7 juta. Inilah rumah pertama Zuckerberg.
Zuckerberg yang memiliki kekayaan US $ 6.9 bilion selalu tampil sederhana.Selama tiga tahun terakhir dia memilih untuk tinggal di rumah sewa @ kontrak dan itu rumah biasa saja, seperti rumah kebanyakan orang di Amerika Syarikat.

Tapi kini rumah Zuckerberg sudah 'sedikit' berbeza. Meski kelihatan mudah, tetapi rumah buatan 1903 ini kelihatan mewah. Berdiri di atas tanah seluas1,600 meter persegi, rumah tersebut mempunyai 5 bilik tidur, 5 bilik mandi dan yang paling best, kolam renang air laut.

Selain memiliki kolam renang, rumah ini juga di penuhi oleh pepohon citrus, lantai di ruang tidur utamanya diperbuat daripada marmar Carrara. Rumah ini juga mempunyai dapur yang sangat besar dan ruangan 'matahari'.

Rumah ini juga letaknya berhampiran dengan pejabat baru Facebook di Menlo Park. Bila memandu kereta, hanya sekitar 10 minit dari rumah ini ke pejabat Facebook.

Pemilik rumah sebelumnya, Kenneth Regenos, pesara juru terbang mengatakan, "Saya sangat senang dia boleh tinggal di sini." Regenos sudah tinggal 45 tahun di rumah tersebut.

Menurut Regenos, persekitaran rumah ini sangat selesa, dan tetangganya baik namun tidak terlalu dekat. "Biasanya kami hanya bertegur sapa dan mengatakan halo, tapi hanya itu saja," kata dia seperti dipetik dari LA Times.

Meski pun sudah membeli rumah 'mewah' ini, Zuckerberg masih menggunakan kereta sederhana, yakni Honda Acura. Yang pasti, di rumah ini, Zuckerberg akan tinggal bersama teman wanitanya, Priscilla Chan yang disebut-sebut bakal akan menjadi tunangnya. Dan beginilah gambaran rumah pengasas Facebook tersebut.









About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments