Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Charice Pempengco Mengaku Seorang Lesbian!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Charice Pempengco
Penyanyi kelahiran Filipina yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Charice Pempengco, 21, membuat pendedahan bahawa dia mencintai kaum sejenis selepas orientasi seksualnya sentiasa diragui sebelum ini.

Dia mendedahkan perkara tersebut ketika ditemubual oleh sebuah rancangan hiburan The Buzz.
“Ya, saya adalah seorang lesbian.
“Sekarang (dengan pendedahan itu), saya rasa lebih bebas. Saya boleh keluar rumah tanpa rasa takut dan kepada siapa yang boleh terima saya, terima kasih diucapkan,” katanya.
Charice sebelum ini berjaya membina nama di negara Uncle Sam itu apabila video nyanyian di Youtube menjadi popular sekali gus menjadi tetamu undangan dalam rancangan bual bicara terkenal iaitu The Ellen DeGeneres Show dan Oprah Winfrey Show.
Kemudiannya, dia dijemput sebagai pelakon undangan dalam drama bersiri popular Glee dengan memegang watak sebagai Sunshine Carazon di samping pelakon lain seperti Lea Michelle, Dianna Agron dan Darren Criss.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments