Pemuda berusia 24 tahun dari Afghanistan itu sebelum ini mengadu mengalami masalah penglihatan di mata kanan, sakit kepala dan selesema.
Pihak Universiti Aachen di Aachen menyatakan, lelaki tersebut kemudian meminta pertolongan berhubung masalah tersebut pada tahun 2011.
Ketika ditanya, punca pensel itu boleh tertusuk ke dalam kepalanya, pemuda tersebut hanya mengingati kejadian yang berlaku 15 tahun lalu apabila dia terjatuh dan hidungnya berdarah.
Beberapa doktor mengesan pensel sepanjang tujuh sentimeter itu berada di antara rongga dalam tulang tengkorak ke bahagian farinks.
Pensel itu juga turut mencederakan lesung matanya.
Pemuda itu dirawat di Hospital Universiti Aachen di sini.
Pesakit tersebut telah dibenarkan keluar dari hospital selepas dirawat selama beberapa hari.
Bagaimanapun, penglihatannya masih kabur walaupun pensel tersebut telah dikeluarkan. - Agensi
No comments
Post a Comment