Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Psy Tidak Kenal Gwyneth Dan Suami !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Psy Tidak Kenal Gwyneth Dan Suami
New York – Dia adalah pemenang Oscar manakala suaminya pula merupakan penyanyi utama kumpulan Coldplay, namun ada juga yang tidak mengenali Gwyneth Paltrow dan Chris Martin.


Individu yang dimaksudkan ialah rapper Korea,  Psy ketika mereka menghadiri majlis Met Ball, minggu lepas.

Menurut Gwyneth, dia dan suaminya, Chris telah memperkenalkan diri mereka kepada penyanyi  Gangham itu namun, Psy tidak mengenali mereka berdua.
“Anak lelaki kami sangat teruja dengan Psy maka saya dan Chris menemuinya namun dia tidak mengenali kami.

“Maka saya meminta maaf kerana mengganggunya dan meminta untuk bergambar bersama-sama dan Psy nyata gembira dengannya,’’ kata Gwyneth.

Pelakon  The Iron Man 3 itu kemudiannya memuat naik gambar berkenaan dalam twitternya dan nyata, anak mereka , Moses serta Apple sangat gembira melihat Psy.

Selepas Psy mengetahui siapa pasangan berkenaan, dia kemudiannya turut memuat naik gambarnya bersama Gwyneth dan Chris dalam twitternya.
Pada majlis berkenaan, Psy menemui ramai selebriti terkenal namun dia amat teruja apabila dapat bertemu dengan Beyonce.

Dalam pada itu, Gwyneth yang mengenakan rekaan Valentino pada malam itu bagaimanapun menyifatkan majlis berkenaan sebagai membosankan.

“Saya tidak akan ke majlis itu lagi. Ia terlalu sesak dan saya langsung tidak menikmatinya,’’ kata Gwyneth kepada USA Today.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments