Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Tisha Mentor Bertunang, Kahwin Disember!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Tisha Mentor
Peserta program realiti nyanyian Mentor, Tisha telah selamat bertunang dengan lelaki pilihannya, Mohd Tarmizi Abu Bakar, 27, di Permatang Sungkai, Kelantan, semalam.

Tisha atau nama sebenar Sharnorbiah Shamsir Alam, 27, yang merupakan anak didik kepada Ferhad menceritakan perkenalan dengan tunangnya adalah melalui rakan-rakan sehingga berkawan lebih rapat serta menjadi pendorong dia aktif dalam bidang seni selain keluarganya sendiri.

Mengikut perancangan yang telah dibuat, mereka bakal disatukan pada pertengahan Disember ini dan Tisha berharap jodoh mereka akan berkekalan sehingga akhir hayat.

Bercerita lanjut mengenai kenapa dia memilih tunangnya itu, Tisha menjelaskan, “saya menerima pinangannya kerana saya melihat dia seorang yang penyayang dan mampu menjadi ketua keluarga yang baik,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments