London – Sebuah kolej, New College Nottingham bakal memperkenalkan
program ijazah selama dua tahun dalam bidang muzik Heavy Metal.
Sasaran utamanya melahirkan pemuzik rock yang mampu menulis lirik dan menyanyi.
Program itu juga akan menjalankan kajian terhadap sejarah Heavy Metal
termasuk menampilkan pemuzik seperti Ozzy Osbourne dari Black Sabbath.
Ia juga akan mengkaji bagaimana muzik boleh dijadikan sebagai satu perniagaan.
Pelajar dalam tahun akhir pula berpeluang bermain gig di seluruh Britain.
Kajian dan asas pembelajarannya dijalankan oleh pemuzik Liam Maloy
yang mengambil masa selama tujuh tahun untuk memperkenalkan kursus baru
itu di kolej berkenaan.
“Pada masa lalu, muzik heavy metal tidak dipandang serius oleh banyak
pihak dan ia dilihat lebih rendah berbanding genre seperti jazz serta
muzik klasik.
“Namun kini, heavy metal semakin berkembang.’’ kata Maloy.
Bagaimanapun cadangan kursus itu mendapat kecaman daripada aktivis bagi Kempen Pembelajaran Sebenar.
Kumpulan itu menyifatan pengajian berkenaan hanya membuang masa.
“Ia mungkin nampak menarik dan mudah kepada sesetengah orang.
“Namun ia tidak memerlukan sehingga tahap ijazah. Ia hanya membuang masa,’’ kata kumpulan berkenaan.
No comments
Post a Comment