Penyanyi Adira yang
baru saja muncul dengan single terbaru, Lara Lagi menafikan dakwaan
segelintir pihak bahawa dia kini sudah pun bertudung.
Adira atau mesya
disapa Yayang mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas mendapati
wujudnya dakwaan yang mengatakan bahawa kononnya dia telah pun bertudung
seperti mana yang tertera di dalam akaun facebook miliknya.
“Untuk makluman semua, akaun facebook saya telah pun
dihacked. Ini adalah kali kedua akaun saya facebook saya dihacked dan
kali ini saya tidak dapat menggunakannya lagi.
“Namun, sejak akaun facebook tersebut dihacked, macam-macam
kenyataan yang keluar di situ, termasuklah kenyataan yang kononnya saya
telah pun berhijrah serta berhijab (bertudung)
“Isu tersebut timbul setelah mereka melihat saya bertudung
sewaktu menghadiri kelas agama Usrah Fitrah.
Memang betul saya telah
bertudung sewaktu menghadiri kelas agama tersebut.
“Tapi, untuk waktu-waktu lain, penampilan saya masih lagi
seperti dulu dan buat masa ini, saya masih belum lagi terfikir untuk ke
arah itu (berhijab). Insya Allah, satu hari nanti, pastinya saya akan ke
arah itu. Siapa yang tidak mahu berubahkan? Doa-doakanlah saya ya,”
katanya kepada murai.com.my.
Jelas Yayanglagi, dia berharap ramai yang di luar sana tidak akan
terpengaruh dengan segala posting yang terkandung di dalam akaun
facebooknya itu.
“Ramai yang mengambil kesempatan dan menggunakan akaun facebook saya
untuk menghantar posting yang bukan-bukan. Risau jugak saya dengan
keadaan ini. Tapi, saya sudah pun buat laporan polis. Sebab saya tidak
mahu nanti disebabkan posting-posting itu, nama dan reputasi saya yang
akan jadi buruk.
Apapun disebabkan akuan facebooknya telah pun dihacked, Yayang
berkata, pihak Adminnya terpaksa mewujudkan akaun baru yang dinamakan
The Real Adira FC.
No comments
Post a Comment