SEJAK insiden pencerobohan di Lahad Datu ini berlaku, rakyat sering diwar-warkan adalah, anggota pasukan keselamatan yang sedang berkhidmat di Lahad Datu sebagai pahlawan, rakyat terhutang budi dan apa segala. Baru-baru ini bila mantan Perdana Menteri Tun Mahathir turun ke Lahad Datu bergambar dengan anggota tentera pun, propaganda yang sama dimainkan.
Tapi tahukah rakyat cerita sebenar yang sedang berlaku di Lahad Datu itu? Betulkah semua anggota keselamatan kita yang sedang berkhidmat termasuk dalam golongan mereka yang berani sehingga layak digelar Pahlawan Negara?
Laman ini ingin berkongsi cerita yang sudah heboh diperkatakan di kalangan petugas media di Felda Sahabat, bahawa anggota keselamatan kita disana rupanya lebih takut dengan hantu daripada ditembak oleh tentera diraja Sulu yang masih hidup!!
Ini bukan cerita rekaan, tapi maklumat sahih yang diketahui semua petugas media yang berkhidmat di pusat media Operasi Daulat ini.
Peningkatan laporan gangguan psikologi yang dikaitkan dengan hantu seperti dialami anggota tentera ini bukan satu rahsia. Malah ada laporan mengatakan ATM dan PDRM telah mewujudkan satu unit khas psikologi, khusus untuk merawat anggota mereka yang sering didatangi bayangan tentera diraja Sulu yang terbunuh sebelum ini.
Sila Baca Selanjutnya Di suarapakatanrakyat.com
2 comments
please la admin.. saya ni orang sabah, tiap hari baca blog ni, tp kenapa admin selalu masukkan berita yang sensitiv seperti 'suarapakatanrakyat' ni.... mempertikaikan isu2 keselamatan negara. admin sedarkan kita ni dari sabah... suara tu dari sjung... da lah negeri kita yang mghadapi masalah besar ni... kalau bukan jasa drg semua ni, ingat admin boleh terus upload blog2 ni.... jangan siarkan isu mcm ni, bikin saya jadi muak buka... kita rakyat sabah ni teraniaya.. please la think be4 u upload
hah..... betul tu... bagus admin tukar jak nama blog ni terus 'BLOGPKRBAHNE' kan senang.... jadi kami xya buka n boleh boikot ko sekali..... dasar blog politik.....
Post a Comment