Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Katy, Brand Bersaing Terbit Autobiografi!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Katy Perry
Katy Perry menandatangani perjanjian bernilai lebih RM9 juta bagi menulis autobiografi mengenai dirinya. Pelantun lagu Fireworks ini yang bercinta dengan John Mayer akan membincangkan secara terperinci perkahwinannya selama 14 bulan dengan pelawak Britain, Russell Brand dalam autobiografinya, Part Of Me.
Katy ingin menceritakan kisahnya pada umum sebelum bekas suaminya menerbitkan sambungan siri autobiografi My Booky Wook.

Sumber akhbar The Sun dilaporkan berkata, beberapa penerbit buku berusaha mendapatkan cerita daripada Katy sebelum ini.

Dia akhirnya menerima tawaran untuk membenarkan biografinya ­ditulis supaya peminat tidak hanya mendapat cerita daripada sebelah pihak.
“Berita mengenai persetujuan Katy tersebar seminggu selepas Russell yang menulis dua buku mengenai hidup­nya, mengesahkan akan mendedahkan hubungannya dengan penyanyi pop terkenal itu,” kata sumber.
Brand yang berkahwin dengan Katy pada Di­sember 2011, turut memberi kenyataan bahawa dia akan terus me­nulis walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak.
“Kita tidak dapat menulis buku mengenai kehidupan kita tanpa meninggalkan beberapa perkara yang pernah terjadi dalam hidup kita,” katanya. – Harian Metro

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments