Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Anjing German Shepherd Polis FELDA Bersedia MENERKAM Pengganas Sulu!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



LAHAD DATU- Tidak jauh dari Felda Sahabat Residence, sebuah rumah peranginan yang terletak berhampiran kawasan konflik pencerobohan pengganas militan Sulu, tidak ramai yang menyedari ada sebuah ‘rumah kecil’ yang agak tersorok.
Namun penghuni ‘rumah kecil’ itu bukan sebarangan, ia menempatkan enam ekor anjing dari baka German Shepherd, antara 10 jenis anjing yang diiktiraf paling bahaya dalam dunia.
Masing-masing ada nama tersendiri…Budi, Tanjung, Anjung, Umas, Sakti dan Cikau.
Milik pasukan polis bantuan Felda, kesemua anjing ini telah mendapat latihan secukupnya dari jurulatih anjing Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tinjauan Mynewshub.my di kandang anjing tersebut, ternyata kelibat haiwan ini sungguh menggerunkan.
Sebaik sahaja melangkah ke dalam kandang itu, anjing-anjing ini mengeluarkan salakan yang cukup kuat, melompat-lompat dalam sangkar masing-masing seolah-olah tak sabar untuk ‘membunuh’ kami.
Menurut salah seorang anggota Unit K9 Polis Bantuan Felda Sahabat, pihaknya bersedia menggerakkan anjing-anjing ini bila-bila masa saja jika khidmat haiwan tersebut diperlukan.
” Walaupun zon konflik seperti di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu bukan terletak dalam kawasan penempatan Felda Sahabat, tetapi kami sentiasa berkerjasama dengan pihak PDRM dari segi risikan, operasi dan sebagainya.
” Bahkan Unit K9 sendiri sanggup bergerak ‘ke dalam’ sekiranya diperlukan, 24 jam, tiada masalah,” katanya bersemangat.
Katanya, pihaknya berbangga kerana anjing-anjing ini telah banyak menyelesaikan masalah jenayah dalam Felda Sahabat terutama yang melibatkan kes pecah rumah dan sebagainya.
Sebagai contoh, katanya, anjing bernama Budi ini telah beberapa kali berjaya menghidu pergerakan penjenayah hingga membolehkan pihaknya memberkas suspek di penempatan Felda di situ.
Budi juga, katanya, mahir dalam selok belok di kawasan tersebut.
” Dalam banyak-banyak anjing di sini, Budi memang terkenal, siap sedia untuk berkhidmat biarpun bagi tujuan menjejak penceroboh Sulu ini.
” Mereka (pengganas) akan tahu langit tinggi rendah sekiranya terserempak dengan Budi, kalau berani, cuba! ,” katanya. – Mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments