Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Nate Ruess Dan Ellie Goulding Bercinta?!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Baru saja membuat persembahan di Sepang, Sabtu lalu, vokalis kumpulan Fun, Nate Ruess pula kini dikhabarkan menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi kelahiran England yang popular dengan lagu Lights, Ellie Goulding.
Menurut sumber sebuah akhbar di UK, Nate dikatakan pernah keluar berdua-duaan dengan Ellie ketika mereka menjayakan konsert jelajah di Australia baru-baru ini.
“Semasa kedua-duanya berada di Brisbane, mereka bertemu janji dan nampak bahagia bersama. Mereka cepat mesra dan sudah membuat perancangan untuk berjumpa lagi. Ellie nampaknya seperti sudah jatuh cinta dengan Nate!” kata sumber itu.
Nate yang kini popular dengan lagu duetnya bersama Pink, Just Give Me A Reason sebelum ini pernah menyatakan keinginannya untuk berduet dengan Ellie kerana dia sangat mengagumi bakat yang dimiliki Ellie.
“Saya merupakan peminatnya. Harapnya kami akan berpeluang untuk bekerjasama dalam sebuah lagu di masa akan datang,” kata Nate.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments