Institut cerdik pandai antarabangsa, Mensa mengiktiraf seorang budak perempuan berusia 12 tahun sebagai budak genius selepas mendapat skor 162 pada ujian IQ.
Skor itu telah menunjukkan Olivia Manning dari Liverpool lebih genius daripada saintis fizik terkemuka Jerman, Albert Einstein dan Professor Stephen Hawking.
Malah, memetik laporan Dailymail, kelahiran Olivia adalah satu dalam seribu!
“Ramai orang datang meminta bantuan untuk menyiapkan kerja rumah mereka.
“Saya menerima mereka dengan hati yang terbuka kerana dengan cara ini otak saya akan sentiasa berfikir dan membuatkan saya lebih cerdas,” katanya.
Olivia mengakui, dia juga mudah mengingati semua formula pembelajarannya.
Sementara itu, dengan ukuran IQ yang begitu tinggi, Olivia sebenarnya mempunyai kemampuan untuk menghafal novel karya Shakespeare dan Macbeth dalam masa hanya 24 jam.
No comments
Post a Comment