Ini adalah kerana Yusry disifatkan Lisa sebagai seorang yang sangat tegas ketika berada di lokasi penggambaran sementara dia merupakan seorang wanita yang agak manja.
“Sebenarnya saya tak berapa pasti sama ada boleh bekerja dibawah arahan suami saya atau tidak. Sebab saya ni manja. Yusry pula kalau waktu bekerja, dia tak garang tapi seorang yang tegas. Kalau di rumah misalnya, kalau dia sedang bekerja, muka dia serius dan saya pula suka usik dan bergurau dengan dia.
“Tapi kalau di set nanti, saya tak tahu lagi macam mana. Saya tertanya-tanya juga pada diri sendiri, boleh ke saya kerja dibawah arahan dia. Kami juga ada bertanya sesama sendiri, nanti kat set saya nak panggil dia apa, dia nak panggil saya apa?,” katanya kepada MalaysianDigest.
Namun, Lisa tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah sebaliknya dia sangat menantikan projek filem yang bakal dijayakannya di mana Yusry akan bertindak sebagai pengarah.
Rasanya tidak mungkin Yusry akan bertegas keterlaluan terhadap isteri kesayangannya itu kan.
Fenomena ini sentiasa berlaku di Hollywood di mana Helena Bonham Carter sentiasa berlakon di bawah filem arahan pasangannya, Tim Burton.
No comments
Post a Comment