Setelah tampil berhijab dengan lokasi fotografi di dalam masjid di
Dubai beberapa bulan lalu, Rihanna seakan beralih 360 darjah daripada
berhijab kepada separuh bogel.
Perkara ini baru sahaja berlaku baru-baru ini dimana penyanyi Umbrella itu dilihat tidak berbaju disebuah pesisiran pantai.
Dikelilingi krew serta set yang menjalankan penggambaran, difahamkan
Rihanna beraksi untuk memenuhi permintaan majalah fesyen Vogue edisi
Brazil.
Sebanyak lima gaya yang pastinya terdedah dan seksi telah dipotretkan di lokasi terkenal negara itu iaitu Angra dos Reis.
Penampilannya yang hanya menutupi puting menggunakan pita selofan rona
kulit itu tidak menjadi masalah buat Ri-Ri dan dia tidak pun menutup dan
merasakan kejanggalan itu.
Beberapa lagi aksi yang memperlihatkan aset di dadanya itu tidak ditutup
sama sekali. Yang jelas kelihatan di muka Rihanna adalah aksi serta
memek mukanya yang dilihat seperti lari daripada konsep sebenar Vogue.
Ramai yang berpendapat bahawa Rihanna yang berasal dari Barbados itu
sudah biasa dengan pemandangan yang sedemikian di negaranya.
No comments
Post a Comment