Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» »Unlabelled » PDRM Nafi Beri Latihan UTK Kepada Farid Kamil
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan pihaknya ada memberikan latihan Unit Tindakan Khas (UTK) kepada selebriti Farid Kamil seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan, Jumaat.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman ACP Datin Asmawati Ahmad turut menegaskan bahawa pihaknya juga tidak memberi sebarang bentuk latihan UTK atau seumpamanya kepada mana-mana orang awam.

“PDRM menasihatkan agar mana-mana pihak tidak mengaitkan jabatan ini denganapa juga maklumat yang tidak tepat bagi mengelakkan timbulnya sebarangkekeliruan,” katanya melalui laman sosial PDRM malam Jumaat.

Akhbar itu pada Jumaat melaporkan pengarah dan pelakon filem, Farid Kamil Zahari menjadi selebriti tempatan pertama yang mengikuti sesi latihan UTK PDRM bagi memantapkan staminanya yang telah dijalani sejak minggu lalu.

Farid dipetik sebagai berkata dia memohon untuk menyertai latihan itu selamatiga bulan atas inisiatif sendiri untuk mendisiplinkan diri serta meningkatkan kecergasan badan bagi membantu kerjayanya sebagai pengarah dan pelakon di negaraini. – BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments