Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki Saman Syarikat Ubat Gigi Kerana Gagal Pikat Wanita
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Nigeria: Seorang lelaki memfailkan saman terhadap sebuah syarikat pembekal ubat gigi jenama “Close-Up” apabila gagal memikat wanita seperti yang diiklankan syarikat berkenaan.

Athony Olatunfe, 26, memfailkan saman terhadap Unilever Nigeria Ltd dan meminta syarikat berkenaan membuktikan keberkesanan produk mereka melalui ujian makmal. 

Iklan ubat gigi berkenaan memaparkan wanita tertarik kepada lelaki yang menggunakan ubat gigi syarikat terbabit.
“Tiada wanita yang mahu keluar minum dengan saya walaupun saya yakin mereka mampu menghidu nafas saya.

“Saya sering menggunakan ubat gigi berkenaan untuk memastikan wanita tertarik dengan kesegaran nafas saya seperti yang disiarkan dalam iklan syarikat itu di televisyen,” kata Anthony yang telah tujuh tahun menggunakan produk berkenaan.

Anthony turut menyerahkan semua tiub ubat giginya kepada mahkamah sebagai bukti.

Anthony juga menuduh syarikat Unilever menipu hingga menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan.- AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments