Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Atlet Angkat Berat Lumpuh, Besi ‘Barbell’ Terjatuh
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


COLORADO – Malang menimpa seorang atlit angkat berat apabila besi yang diangkatnya terjatuh, menyebabkan tulang belakangnya cedera sekaligus mengakibatkan dia menjadi lumpuh.

Kejadian itu berlaku ketika Kevin Ogar yang juga jurulatih gim CrossFit di Denver sedang melakukan acara `snatch’ iaitu acara sukan yang mengabungkan angkat berat dan gimnastik.

Menurut laporan, Ogar berjaya menangkat barbell hingga paras pinggang dan kemudian mengangkat ke atas, mengatasi paras kepala.
Namun dia gagal bertahan, hinggakan besi berat itu terjatuh di belakangnya menyebabkan Ogae\r mengalami kecederaan tulang belakang.

“Kesan itu amat menakutkan, dia melompat seperti orang menembaknya dan kemudian rebah serta tidak boleh lagi menggerakkan kakinya,’’ kata salah seorang rakannya.
Ogar telah menjalani dua pembedahan setakat ini dengan skru dan besi dimasukkan ke bahagian belakangnya.

Dia juga telah dipindahkan ke pusat pemulihan di Colorado.

Bapanya, Vince Ogar berkata, anaknya itu telah menjalani sesi terapi dan terus bersemangat untuk pulih serta berharap agar dapat berjalan semula.
Bagi membantu Ogar, CrossFit telah mengadakan kutipan wang bagi membiayai kos rawatan dan pemulihannya.

Selain itu seramai 3,230 orang daripada seluruh dunia telah menderma sebanyak $200,000 melalui Fundly,com.
Rakan-rakannya juga menjual t-shirt bagi membantu atlet tersebut.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments