Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Banduan Mati Perlahan-lahan Selepas Disuntik Dengan Ubat Jenis Baru
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Ohio - Seorang banduan kes pembunuhan di Ohio , Amerika Syarikat termengah - mengah dan mendengus saat dihukum mati . Hal ini terjadi seiring penggunaan ubat jenis baru dalam proses pelaksanaan mati .

Namun rupanya dengan ubat baru ini , diperlukan waktu lebih lama bagi banduan yang disuntik mati untuk ahirnya menghembuskan nafas terakhir . Dennis McGuire masih hidup sekitar 15 minit selepas dirinya disuntik mati .

" Saya akan pergi ke syurga , saya akan bertemu kalian ketika kalian datang , " ucap McGuire kepada anak - anaknya sesaat sebelum disuntik mati . Dia sempat melambai beberapa kali sebelum ubatnya bertindak , seperti berusaha menyapa anak - anaknya .

Kemudian dia mengeluarkan suara dengusan yang cukup keras dan kelihatan seperti sesak nafas . Hal tersebut terjadi berulang kali selama beberapa minit . McGuire juga membuka dan menutup mulutnya tanpa suara selama beberapa kali seperti berusaha keras untuk bernafas . Perutnya kelihatan mengembang dan mengempis saat hal ini terjadi .

" Ya , Tuhan , " ucap putrinya , Amber McGuire saat menyaksikan saat - saat terakhir ayahnya dari balik kaca . Anak - anak McGuire pun tak kuasa menahan tangis saat menyaksikan ayahnya meninggal secara perlahan .

Diperlukan waktu hampir 15 minit sebelum akhirnya McGuire menghembuskan nafas terakhirnya . Demikian seperti dilansir news.com.au , Jumat ( 17/1/2014 ) .

Dalam usaha untuk menghentikan proses pelaksanaan mati , peguam McGuire berdebat bahawa anak guamnya mengalami kesan sampingan perubatan yang dikenali sebagai kehilangan udara , yang membuatnya mengalami keadaan mengerikan saat berjuang keras untuk bernafas .

McGuier yang berusia 53 tahun ini divonis mati atas kes rogol dan penusukan fatal seorang wanita hamil pada tahun 1989 lalu . Dalam suratnya kepada Gabenor Ohio John kasich bulan lalu , McGuire mengakui kesalahannya .

Proses pelaksanaan mati McGuire dilakukan dengan menggunakan ubat jenis baru . Penyebabnya , pihak berkuasa tempatan termasuk sejumlah negara bahagian lain kesulitan mendapat bekalan ubat yang selama ini digunakan .

Pada proses pelaksanaan ini , pihak berkuasa Ohio menggunakan dua ubat berbeza , yakni ubat penenang midazolam dan ubat penahan sakit Hydromorphone . Dengan menggunakan ubat yang sebelumnya , diperlukan waktu lebih sedikit bagi banduan sebelum akhirnya menghembuskan nafas terakhir dan tanpa diwarnai adanya dengusan dan suara termengah - mengah .

Penerapan hukuman mati terus menjadi perdebatan di AS . Menanggapi kes ini sebelumnya , pihak berkuasa pendakwa negara bahagian Ohio membantah tuntutan yang menyebut bahawa McGuire akan mengalami keadaan mengerikan apabila dia dihukum mati dengan kaedah baru . Namun seorang hakim persekutuan mengatakan bahawa kaedah baru ini memang masih bersifat eksperimen .

Sumber: news.detik.com

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments