Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » PELIK - Rambut Dalam Perut Kanak-Kanak Di China
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


BEIJING – Doktor berjaya mengeluarkan gumpalan rambut yang memenuhi hampir 70 peratus perut seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di China.

Ibu kanak-kanak terbabit mendapatkan rawatan doktor setelah berat badan kanak-kanak berkenaan semakin susut dan rambutnya mulai gugur.

Selepas menjalani imbasan CT, doktor mengesan sesuatu yang berukuran hampir satu kaki.
Setelah pembedahan dijalankan, doktor dan ibu mangsa terkejut apabila mendapati gumpalan besar rambut di dalam perut kanak-kanak terbabit.

Ibu mangsa berkata, dia tidak menyangka perbuatan anaknya yang suka memasukkan rambut ke dalam mulut boleh mengakibatkan perkara berkenaan.

Sementara itu, doktor turut menjalankan satu ujian mental terhadap kanak-kanak berkenaan bagi mengesan punca dia gemar memakan rambut, habuk serta barangan pelik yang lain. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments