Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Gambar Seksi Dan Mengghairahkan Tyas Mirasih Bekas Kekasih Keith Foo
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Kecoh disana-sini bila Murai Batu baca cerita pasal seorang pelakon wanita dari seberang yang terkenal kerana penampilan seksinya dan pernah bercinta dengan pelakon drama, Keith Foo yang kini sedang hangat menerusi drama bersiri Ariana Rose yang mendapat sambutan hangat.

Nama Tyas Mirasih tidak semena-mena panas seketika dek sejarah percintaannya dengan aktor Keith Foo yang terlebih dahulu popular di Indonesia sebelum mula membina tapak di negara sendiri. Kepada peminat filem tempatan yang ingin melihat siapa Tyas, anda boleh tonton filem Laga yang menampilkannya sebagai Maya.


Hubungan Keith dan Tyas sudah lama putus dan Keith pun sudah mempunyai teman baru, Kim Raymond seperti laporan-laporan di portal hiburan. Mereka turut menyiarkan foto mesra aktor kacak itu dengan teman wanita yang tidak kurang juga cantiknya yang sedang bercuti ketika tahun baru.


Murai Batu apa lagi, mula nak sibuk tengok siapalah Tyas Marisih ini dan rupa-rupanya dia bukanlah sekadar pelakon biasa-biasa di seberang. Setiap cerita yang mengaitkan dia pastinya beradar panas antaranya adegan ciuman mesranya dan Keith dalam filem Hantu Budeg serta gaya penampilannya yang seksi itu.Satu lagi perkara adalah tentang permulaan Tyas menjadi popular hingga pernah mendapat jolokan ratu muzik video kerana seringkali tampil dalam klip muzik video penyanyi terkenal Indonesia iaitu Ungu, Yovie & Nuno, Kerispatih, Seventeen dan banyak lagi.

Hairan juga Murai Batu mengapa bila dia diambil berlakon baru dapat mengenalinya dan mengapa dia tak sepopular Luna Maya, Wulan Guritno mahupun Julia Perez. Cari-cari punya cari terjumpa pula gambar si Tyas atau nama penuhnya Tyas Mirasih Endah ini di portal hiburan terkenal seberang, Kapanlagi.com.

Terjojol la juga mata Murai Batu tengok gambar tersebut tetapi sebagai seorang yang berpikiran terbuka, tidaklah Murai Batu melihat ia dari sudut negatif. Kerana budaya di sana dan di sini mungkin berlainan fahamannya.

Gambar tersebut menyiarkan Tyas menggayakan pakaian yang berkonsepkan perkahwinan namun dibuat dalam bentuk yang seksi sekali untuk siaran segmen lelaki di dalam Men Kapan Lagi itu. Ala-ala khusus untuk tontonan lelaki.

Cuba bayangkan Murai wujudkan segmen macam itu, siapakah artis pertama yang akan diseksikan oleh Murai? Lana Nordin? Oops dah tak boleh. Tetapi secara realitinya kalau Murai buat sama macam portal hiburan terkenal itu, memanglah portal ini akan dikecam hebat kan, jadi Murai Batu sekadar cuba berjenaka disitu.


Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana perjalanan karier Tyas Mirasih disini yang bakal dimulakan dengan Laga. Khabarnya dia ada kawan dalam industri hiburan kita tetapi tidak mahu berkongsikan siapakah orangnya. 









About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments