Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Video: ‘Kepadamu Kekasih’ Gemersik Vokal Shila. Ditujukan Kepada Siapa?
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Shila
Gemersik suara serta kelantangan vokal Shila Amzah tidak memang dapat dinafikan lagi.
Walaupun Shila dikatakan sibuk memenuhi undangan persembahan di China, tetapi Shila tetap cuba untuk mendekati peminatnya di Malaysia.
Rabu lalu Shila telah memuat naik sebuah video nyanyian akustiknya bertajuk Kepadamu Kekasih menerusi laman video Youtube.
Lagu nyanyian asal oleh Jamal Abdillah, Hattan dan M.Nasir itu dibawa dengan penuh emosi oleh Shila.
Bait-bait lirik lagu itu seperti ada mesej yang cuba disampaikan oleh Shila.
‘Kekasih’ lagu dalam lagu tersebut boleh membawa kepada banyak makna seperti Tuhan, kekasih hati, ibu bapa atau sesiapa sahaja yang dikasihi.
Rata-rata peminat Shila memberi pandangan positif dengan penyampaian Shila yang penuh emosi itu.
Adakah Shila cuba menyampaikan sesuatu kepada bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad?
Percintaan Shila dan Sharnaaz gagal ke jinjang pelamin apabila perhubungan mereka tidak berjalan seperti yang dirancang.
Konflik antara Sharnaaz dengan keluarga Shila terutama melibatkan ND Lala mendapat perhatian seluruh negara dan keadaan menjadi hangat apabila Shila melarikan diri bersembunyi di Terengganu.
Namun, di sebalik semua kemelut antara keluarga itu, Shila kini dilihat telah bangkit daripada kekecewaan.
Dengarkan gemersik vokal Shila yang pastinya akan membuat anda terpukau.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments