Bermacam-macam cara boleh dilakukan untuk menarik pelanggan mencuba sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga.
Seorang pengusaha restoran di Latvia telah mewujudkan sebuah restoran, Hospitalis yang memaparkan imej dan tema unik di hospital sebagai teraju utama di restorannya itu.
Restoran ini mengolah 100 peratus hiasan dalamannya seperti suasana dalam hospital dan kesemua pelayannya turut berpakaian seperti seorang jururawat.
Alat-alat yang digunakan pun menyerupai peralatan hospital seperti gunting perubatan, kerusi yang digunakan di klinik gigi serta stetoskop menyerlahkan lagi suasana hospital dalam restoran tersebut.
Malah, pelanggan turut dipakaikan jaket yang sering kali digunakan oleh orang kurang siuman selain ada ketika pelayan akan menyuntik masuk makanan yang dipesan ke dalam mulut anda sendiri.
Unik bukan!
No comments
Post a Comment