LONDON – Polis Britain berkata pihaknya sedang menyiasat maklumat baru yang diterima berhubung kematian Puteri Diana dan Dodi Fayed.
Scotland Yard bagaimanapun enggan memberikan butiran lanjut maklumat baru itu tetapi ia disiasat dari segi ‘kewibawaan dan kesesuaian’ berkaitan nahas yang menimpa Diana.
Dalam satu kenyataan hari ini, Scotland Yard berkata siasatan itu dilakukan oleh pegawai jenayah khas dan unit operasi.
Polis bagaimanapun menegaskan setakat ini pihaknya tidak membuka semula siasatan terhadap kemalangan kereta yang berlaku pada 1997 di Paris yang menyebabkan kematian Diana dan Fayed. – AP
No comments
Post a Comment