SAO PAULO – Seorang wanita warganegara Brazil bertindak memotong kemaluan suaminya akibat curang kepadanya.
Tambah mengejutkan apabila suami wanita itu dikatakan curang bersama seorang lelaki.
Akibat tindakan kurang bijak suaminya, wanita itu bertindak untuk memerangkap suaminya dengan mengajak untuk bermain permainan seks (sex game).
Apabila berada di bilik tidur, wanita itu menyuruh suaminya berbaring sambil tangan dan kakinya diikat pada katil.
Memetik laporan AFP, wanita itu bertindak nekad memotong kemaluan suaminya menggunakan pisau bergerigi.
Kejadian balas dendam itu berlaku di Santos kira-kira 77 kilometer selatan Sao Paulo.
Organ tersebut tidak boleh disambung semula kerana sudah terlewat untuk menjalani pembedahan.
Namun, keadaan tersebut tidak mengancam nyawa lelaki itu.
Wanita tersebut ditahan oleh pihak berkuasa Sao Paulo untuk siasatan lanjut serta dihadapkan ke muka pengadilan.
No comments
Post a Comment