Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Hartawan Australia Akan Bina Titanic II~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kapal
Seorang hartawan Australia kini sedang membina kembali kapal pelayaran lagenda Titanic dikenali dengan Titanic II.
Clive Palmer kelmarin berkata ramai pihak memberi maklumbalas positif serta teruja dengan pembinaan kapal itu kerana ia dibina atas dasar kasih sayang dan semangat serta bukan atas dasar perniagaan.
Beliau yang turut bertanding pada Pilihan Raya Umum Australia bulan depan dengan parti politik beliau sendiri berkata kapal itu nanti akan menyerupai kapal asal Titanic dan ia bukan dibina untuk mengaut keuntungan.
"Titanic versi baru itu dibina sebagai tempat untuk rekreasi dan kami membinanya untuk dunia dan ia bukan bertujuan mengaut keuntungan," kata bilionair berusia 59 tahun itu.
Kapal Palmer atau Titanic II akan dilengkapo dengan kemudahan moden tetapi akan cuba dibina seperti kapal asal yang karam dalam pelayaran pertamanya pada tahun 1912 selepas ia melanggar aisberg.
Menurut beliau, kerja pembinaan akan bermula Mac tahun depan di China.
"Ribuan orang sudah mendaftar untuk menyertai pelayaran sulung kapal Titanic II itu yang dijangka pada 2016," katanya.
Kapal Titanic asal dibina di Belfast, Ireland Utara karam ketika dalam pelayaran dari Southampton di England ke New York, Amerika Syarikat dan tragedi itu meragut 1,500 nyawa penumpang dan anak kapal.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments