Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Aktres Seksi Poonam Pandey Berang Dipersalahkan Atas Kes Perkosaan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Bintang baru Poonam Pandey bengang dengan kritikan umum yang mengatakan bahawa imej provokatifnya merupakan satu daripada punca berlakunya kes pemerkosaan baru-baru ini.

Seperti yang dilpaorkan di Bollywood Life, bintang "Nasha" tersebut memberitahu bahawa dia kerap kali diganggu dan dipersalahkan atas jenayah pemerkosaan beramai-ramai seorang wartawan bergambar di Mumbai minggu lalu.

Poonam dipersalahkan atas kejadian rogol di India kerana gemar berimej seksi
"Mereka mengatakan bahawa gambar-gambar saya adalah punca jenayah ke atas wanita. Begitukah? It juga alasan yang mereka gunakan dalam kes Nirbhaya di Delhi. Saya ingin bertanya kepada mereka yang merasakan saya punca jenayah-jenayah ini, adakah jenayah terhadap wanita tidak wujud sebelum kehadiran saya?,” tanya Poonam.

Aktres tersebut juga meluahkan pendapatnya bahawa tuduhan ke atasnya hanyalah satu cara untuk menyalahkan orang lain apabila masyarakat gagal berfungsi dengan baik.

Babak 'intim' dalam filem "Nasha"
"Kenapa salahkan saya untuk semua kejahatan sosial? Saya cuma seorang wanita yang ingin mencari ruang untuk diri saya. Saya cuma bercakap. Saya tak pernah buat apa-apa. Ada pelakon lain yang lebih dihormati dan mereka juga melakukan aksi-aksi yang mengghairahkan dalam babak tarian filem mereka. Mereka memiliki lebih ramai pengikut dari saya," tambahnya lagi.

Poonam berpendapat bahawa kewujudan gambar-gambar provokatif bukan penyebab isu-isu seperti ini tetapi ia berlaku kerana kurangnya medium untuk kaum lelaki.

Ujar Poonam lagi, premis-premis seperti bar arak dan tarian perlu diperkenalkan semula untuk mengurangkan kejadian yang tidak elok terhadap wanita.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments