Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki Malang Hilang Kesemua Gigi Akibat Dicabut Tanpa izin~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Foto : Fox 59
INDIANAPOLIS - Seorang lelaki yang menghidap autisme asal Indianapolis menggugat seorang doktor gigi selepas semua giginya dicabut tanpa izin.

Christopher Crist, berkata bahawa ia pergi ke doktor gigi di Amazing Family Dental untuk mencabut tiga giginya yang sakit. Namun, tidak hanya tiga giginya yang dicabut, bahkan doktor gigi itu mencabut semua giginya.

"Dia mencabut semua gigi saya. Sekarang saya kelihatan seperti orang yang aneh," kata Crist. Demikian diberitakan Huffington Post, Kamis (11/4/2013).

Lelaki berusia 21 tahun ini menjelaskan operasi mengerikan itu bermula selepas doktor gigi tersebut memberinya beberapa pil untuk meringankan rasa sakit pada ketiga giginya yang ternyata mengalami jangkitan. Namun, pasukan doktor yang menanganinya itu mencabut semua gigi Crist.

Crist dan ibunya merancang menggugat doktor gigi yang tidak disebutkan namanya itu, tapi belum ada tindakan lebih lanjut kerana belum mempunyai banyak saksi.

Kejadian serupa juga dialami oleh salah satu pesakit bernama Rose Hill. Saat itu Hill melawat doktor gigi tersebut untuk mencabut satu giginya yang sakit, namun doktor itu mencabut seluruh gigi bawahnya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments