Sebelum ini, Sasha pernah memberitahu bahawa jika mahu berkahwin semula kali ini dia akan menggunakan ‘kepala’ bukan hati.
Tambahnya, dia impikan lelaki yang stabil dari segi kewangan selain beriman. Rupa-rupanya ada sebab mengapa Sasha berkata demikian.
Menurut kenyataan Sasha kepada sebuah akhbar hari ini, punca utama penceraian kali keduanya adalah masalah kesempitan duit. Tidak hairanlah dia mementingkan lelaki yang kuat bekerja jika mahu bergelar isteri semula.
Kini bekas suaminya tidak memberikan nafkah secara konsisten namun ujar Sasha, dia tidak mempunyai masalah disebabkan hal itu.
Pun begitu, dia menegaskan tidak mahu bermadu walaupun itu tiket mudah untuk meraih kesenangan segera. Begitu juga untuk memilih lelaki yang jauh terlalu muda daripadanya kerana dibimbangi, tidak cukup matang.
Apa pun, Sasha tentunya memperoleh banyak pengalaman yang boleh dijadikan tauladan mahu pun sempadan setelah dua kali gagal dalam rumahtangga sebelum ini.
Imbas semula, Sasha bernikah kali pertama dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London sebelum berpisah empat tahun kemudiannya.
Dia seterusnya memilih warga Indonesia, Salyo Priyanto sebagai suami sebelum mengambil keputusan bersama untuk bercerai selepas lima tahun bersama.
Sasha mempunyai seorang anak tunggal, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 3, hasil perkahwinan keduanya.
No comments
Post a Comment