Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [WOw] Imej Kanak-Kanak Mati Dibunuh Jadi Model Iklan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Model Iklan
Switzerland – Gregory Villemin baru berusia empat tahun ketika dia meninggal dunia akibat dibunuh pada 1984 di Perancis.
Hingga kini kes kematiannya tidak dapat diselesaikan.

Namun apa yang mengejutkan, muka kanak-kanak berkenaan telah disiarkan di dalam iklan sebuah pusat penjagaan di Festival Jazz Montreux, di sini, biarpun sudah 29 tahun dia meninggal dunia.
Keadaan ini mengejutkan ibu bapanya, yang masih bersedih dengan kematian tragis anak mereka itu.
Menurut berita The Local. Ibu bapa Gregory kini sedang menimbangkan untuk menyaman syarikat berkenaan meskipun mereka sudah menerima surat permohonan maaf daripada syarikat terbabit.
Ibu bapanya, Christine dan Jean-Marie Villemin menyifatkan tindakan penganjur festival itu sebagai usaha menarik perhatian ramai semata-mata.
Penganjur festival itu dilaporkan hanya menyedari kesilapan berkenaan selepas poster itu dicetak.
Dalam pada itu, kandungan surat permohonan maaf daripada penganjur festival itu memaklumkan , kesilapan itu berlaku akibat kecuaian dan gambar itu telah dimuat naik oleh seorang pekerjanya yang masih muda serta tidak mengetahui mengenai kes bunuh itu.
Kanak-kanak itu dibunuh pada 1984, selepas ibu bapanya menerima beberapa panggilan ugutan.
Mayat Gregory ditemui di sungai Vologne berhampiran Docelles, di timur Perancis pada bulan Oktober 1984.
Selama beberapa dekad, kes itu gagal diselesaikan sementara suspek yang ditangkap, telah dibicarakan namun dibebaskan kerana tiada bukti,
Suspek berkenaan, yang juga sepupu kepada Jean-Marie Villemin bagaimanapun mati dibunuh oleh Jean-Marie Villemin sendiri.
Jean-Marie Villemin kemudiannya dihukum penjara lima tahun.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments