Seekor itik harus menjalani pembedahan kecemasan selepas beberapa hari di temui dengan paku 4 inch tertanam dalam tengkorak. Itik yang di beri nama "Tully" oleh doktor haiwan ini, telah ditembak di kepalanya dengan pistol paku.
Tetapi memerlukan masa tiga hari untuk menangkap si Tully,setelah tertangkap, Tully kemudian bergegas dibawa untuk melakukan pembedahan kecemasan oleh doktor haiwan di devon meadows, victoria, di Australia.
Setelah memberikan Tully suatu anesthetic, doktor haiwan akhirnya berjaya mengeluarkan paku yang menusuk kepala hanya 4 mm dari matanya.
Nigel williamson, 43, dari australia seorang animal rescue, adalah yang pertama melihat Tully, dia berkata:
"Sebelum cuba menangkapnya, aku melihat si itik melenggak-lenggok mencari makan, berenang, dan melakukan segala sesuatu yang biasa dilakukan itik, padahal ada paku di kepalanya".
"Sibebek sepertinya tidak peduli tentang hal itu sama sekali, tetapi dalam keadaan sihat".
Mr williamson menambah:
"Kami tidak tahu siapa yang melakukannya tapi kita melihat banyak itik yang cedera ketika sekolah sedang bercuti. Mungkin kanak-kanak yang melakukannya ".
"Ini benar-benar sebuah tindakan kejam yang tidak masuk akal. Sukar untuk percaya bahawa ada seseorang yang ingin melakukan sesuatu seperti ini. Untungnya dia cepat pulih. "
Tully menghabiskan masa 10 hari di sebuah kursus antibiotik untuk menghentikan jangkitan sebelum dibebaskan.
No comments
Post a Comment