Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] 17 GRO, empat pondan ditahan dalam serbuan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

17 GRO, empat pondan ditahan

PETALING JAYA - Seramai 17 wanita warga asing dan empat pondan warga Filipina ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh sepasukan polis dari Bahagian Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sebuah pusat hiburan berhampiran Dataran Mentari, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus berkata, menerusi operasi yang bermula pada jam 9.45 malam itu, kesemua suspek yang ditahan tersebut dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat hiburan terbabit.

Menurut Fadil, seramai 11 wanita warga Thailand, empat warga Taiwan, dan dua warga Filipina berumur lingkungan 18 hingga 36 tahun ditahan setelah didapati menyalahgunakan pas lawatan ke negara ini.

“Selain itu, kami turut menahan empat pondan warga Filipina yang turut dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat hiburan ini,” katanya selepas operasi terbabit, kelmarin.

Menurut Fadil, ketika serbuan, terdapat beberapa GRO cuba melarikan diri mengikut pintu belakang pusat hiburan terbabit bagi menggelakkan dari ditahan.

“Kita berjaya menghalang cubaan melarikan diri dan turut menahan pengurus pusat hiburan terbabit yang juga dipercayai menjadi penjaga kepada GRO tersebut,” katanya.

Jelas Fadil, pihaknya sebelum ini pernah beberapa kali mengadakan operasi di pusat hiburan terbabit yang dipercayai menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan.

Tambahnya, pemilik pusat hiburan terbabit juga didapati melakukan kesalahan memandangkan premis berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah. Sinar online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments