London – Pelawak yang juga pelakon lagak ngeri Steve-O mencipta nama melalui kecederaan dan kesakitan dialami akibat aksi berani yang dilakukan di depan kamera.
Tetapi, kini dia pula mengenakan orang lain.
Steve kini menjadi pengacara bagi rancangan baru, Killer Karaoke yang menyaksikan enam peserta menjadi mangsa bulinya.
Peserta akan dipaksa menyanyi sementara diserang anjing yang mengawal atau berjalan melalui pokok kaktus.
Gambar ini menunjukkan seorang wanita menangis selepas dimasukkan dalam tangki berisi ular untuk persembahannya. Seorang lagi dikenakan renjatan elektrik.
Tiga peserta akan mengambil bahagian dalam persembahan peringkat akhir untuk memenangi hadiah wang tunai £7,000 (RM34,000). – Agensi
No comments
Post a Comment