Ratu Elizabeth II dilihat seperti seakan tidak sabar menunggu kelahiran cicit Diraja iaitu anak kepada pasangan Putera William dan Catherine yang mungkin bakal dilahirkan minggu ini.
“Saya berharap sangat bayi itu dilahirkan, saya akan bercuti tidak lama lagi, tapi masih belum ada tanda-tanda,” kata Ratu Britain itu yang sudah pun berusia 87 tahun.
Beliau berkata demikian dalam satu lawatan di sebuah tasik di Taman Negara di Barat Laut England.
Ketika ditanya oleh seorang remaja, adakah beliau mahu cicitnya itu nanti bayi lelaki atau perempuan, beliau tidak kisah apa sahaja jantina bayi itu.
Sumber Diraja memaklumkan pasangan itu sendiri pun masih belum mengetahui jantina bayi mereka yang dijangkakan bakal dilahirkan pada pertengahan Julai.
Jurucakap istana mengesahkan Ratu Elizabeth II akan berangkat ke Estet peribadinya di Scotland di mana beliau secara tradisi menghabiskan cuti musim panasnya.
Ratu Britain itu dijadualkan melawat Stadium Kriket Lord’s di London Khamis depan untuk menyaksikan perlawanan hari pertana pertembungan England dan Australia.
Bayi pertama Kate dan William akan dilahirkan di Hospital St Mary’s di Barat London yang mana ketika ini wartawan seluruh dunia sudah berkampung di luar hospital itu sejak dua minggu lalu. – AFP
No comments
Post a Comment