Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Nik Michael: Tak ghairah nak jadi pelakon..
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Foto
Nama jejaka berdarah kacukan Australia-Melayu ini nampaknya semakin disebut-sebut sebagai antara bakat baru yang semakin menyerlah.

Dia bukan pelakon mahupun penyanyi, namun kehadirannya memeriahkan program realiti masakan MasterChef Malaysia musim pertama, jelas menarik perhatian umum.
Tidak dinafikan, Nik Michael Imran Nik Ezar, 23, bertuah dikurniakan pakej berupa bakat dan paras rupa yang tampan. Mendekati jejaka tinggi lampai ini baru-baru ini, banyak cerita menarik untuk dikongsikan.

Dalam bidang masakan, pencapaiannya memang boleh dibanggakan apatah lagi pada usia muda, Nik sudah memiliki restoran sendiri iaitu Picknik yang beroperasi di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Nik Michael sudah sinonim dengan program masakan Dapur Panas di TV3 bergandingan de­ngan selebriti jelita Neelofa. Bagaimanapun pembabitan anak sulung daripada enam beradik ini dalam program yang lari dari program masakan tentunya sesuatu yang sangat menarik. - hMetro

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments